Nov 9, 2010

Posted by in Semasa | 16 Comments

Sekolah 2 Sesi Tahun 2011

SMK Subang Bestari akan mengadakan dua sesi persekolahan ekoran pertambahan enrolmen murid yang tinggi pada tahun 2011.   Memandangkan bahawa SMK Subest mempunyai KAPASITI 29 KELAS SAHAJA, maka pecahan kelas mengikut sesi adalah seperti berikut :

SESI PAGI (jumlah 29 kelas : tidak termasuk pendidikan khas)

  • Tingkatan 2 : 17 kelas (593 orang murid)
  • Tingkatan 3 :    9 kelas (363 orang murid)
  • Tingkatan 5 :    3 kelas (96 orang murid)
  • Pend. Khas :     2 kelas (35 orang murid) – bilik darjah khas

SESI PETANG (jumlah : 20 kelas)

  • Tingkatan 1 : 14 kelas (560 orang murid)
  • Tingkatan 4 : 6 kelas (248 orang murid)

Ketetapan ini dibuat dengan mengambilkira

  1. penempatan dan penambahan enrolmen murid Tingkatan 1 sebagaimana yang ditetap dan diarahkan oleh Jabatan Pelajaran Negeri dan Pejabat Pelajaran Daerah Petaling Perdana;
  2. pentadbiran sekolah tidak akan membenarkan kelas-kelas terapung (floating classes) wujud kerana ia akan mengganggu keberkesanan proses pembelajaran-pembelajaran dan keselesaan murid untuk belajar;
  3. makmal sains tidak akan digunakan sebagai kelas tetap kerana ia akan digunakan sepenuhnya bagi pelaksanaan pengajaran matapelajaran sains tulen pada tahun depan;
  4. di samping itu, sekolah perlu menyediakan bilik darjah khas di sesi petang bagi membolehkan kelas ulangkaji dan latihan intensif dibuat kepada murid tingkatan 3 dan 5 untuk persiapan PMR dan SPM tahun 2011; dan
  5. pergerakan guru-guru yang terlibat dengan kelas-kelas tingkatan 4 dan 5 telah dirancang dan diatur oleh pentadbir.

Penjelasan kedudukan ini telah dimaklumkan di dalam mesyuarat AJK PIBG dan PPD

About abuomar

Haji Abu Omar Mos has written 36 post in this blog.

Haji Abu Omar bin Mos. Pengetua SMK Subang Bestari. Boleh dihubungi melalui email abu.omar@smksubest.com.

  1. Salam. Tuan haji pengetua dah explained. Thnxs tapi boleh tak sekolah request PPD stop hantar ramai students form 1? PIBG boleh bantu? Kalau murid form 1 tak seramai yg dijangkakan, then boleh jadikan form1 & 2 petang dan yg lain (form 3, 4 & 5) sesi pagi. Puncanya placement budak Form 1 ramai sangat!!

  2. Inilah kali pertama saya dengar form4 petang. Tidakkah sekolah ini tidak mengambil berat pada form4 students ketika SPM nanti? Jadikanlah Form 1 and Form 2 ape susah?

  3. Refering to Manusia’s comment : apa masalah Form4 sesi petang? Sekolah lain pun ada yg terpaksa buat Form4 petang bila berlaku classrooms constraint. Pertama kali dengar ker? Kami guru ambil berat dan bert.jawab urusan murid kami. Apa yg susah? Susah jaga anak sendiri di rumah? Boleh beri cadangan yg lebih baik?

  4. agree with Kyoto…parents skrg hanya mementingkan tentang diri sendiri je…cakap tu tak sesenang nak melaksanakannya…nak jdkan form 1 and form 2 petang boleh, tp sanggup benarkan anak tuan puan belajar tanpa kelas…nanti byk pula complain…klu pihak pengurusan sekolah buat sesuatu tindakan, pasti ada sebabnya…kan boleh fikir logik tu…

  5. floating classes? what’s that?

  6. Ramainye murid form 2…..=.=”…huhu

  7. untuk MANUSIA:Bila form4 dah form 5, sekolah pagi ler. sesi petang HANYA untuk form1 and form4.

  8. InsyaAllah pada sesi persekolahan 2012, form 1 dan form 2 sesi ptg…seperti sekolah2 lain….

  9. salam cikgu smk subang bestari

    boleh saya tahu subjek elektif yang ditawarkan di sekolah ini?
    Saya sedang mencari sekolah yang menawarkan subjek Grafik berkomputer atau Produksi Multimedia sebagai salah satu subjek elektif SPM. Berdasarkan pengalaman saya mengajar di SMK Taman Setiawangsa, saya melihat dari segi keberkesanannya kepada pelajar yang berminat mengikuti aliran ini telah menggunakan kemahiran yang diperolehi sebagai satu sumber pendapatan selepas SPM atau juga batu loncatan untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang yang sama di IPTA dan IPTS. Ia merupakan satu kelebihan kepada mereka kerana telah menguasai beberapa kemahiran menggunakan perisian yang digunakan oleh pasaran kerjaya seperti Photoshop, Flash, Sound Forge dgsbgnya. tambahan lagi Subang Bestari dikelilingi dengan persekitaran ICT. saya amat berminat mengajar mata pelajarn ini dan sekiranya ia ditawarkan di sekolah ini, saya amat berbesar hati untuk mengajar di sini memandangkan ia berdekatan dengan kediaman saya yang baru menetap di sini.

    • Terima kasih atas saranan cikgu. Malangnya Makmal Komputer SMK Subest belum dibekalkan peralatan ICT dari Kementerian Pelajaran. Oleh itu, sekolah ini belum dapat menawarkan subjek multimedia peringkat SPM. Harap maklum.

  10. Cikgu SMK Subest,

    Anak saya selalu mengadu bahawa most of the cikgu-cikgu kat sekolah ini asyik menghadiri kursus, pd masa itu, adakah cikgu2 matapelajaran lain akan mengantikan cikgu yang menghadiri kursus ataupun mereka (pelajar) tidak berbuat apa-apa dan terpaksa duduk disurau tanpa sebarang aktiviti.

    Masa peperiksaan dapat markah “0” kerana tidak diajar subjek berkenaan oleh cikgu tersebut.

    • Minggu ini mendapati sebilangan guru dan pelajar terlibat dgn aktiviti luar (aktiviti pelajar, pertandingan dan mesyuarat – bukan berkursus) atas arahan Kementerian Pelajaran. Ketiadaan guru ditampung dgn aktiviti ‘student based learning’ berdasarkan modul-modul terancang yg juga merupakan aktiviti Pembelajaran & Pembelajaran di luar bilik darjah. Jadual pengisian juga diatur dgn pengisian teknik menjawab MP Sejarah, Kaunseling Berkelompok Kerjaya, Pameran Sains Biologi, Kimia dan Fizik yg terbuka kpd semua pelajar, taklimat penggunaan kalkulator saintifik utk murid MP Matematik dan Matematik Tambahan. Harap ambil maklum

  11. Aww susahnya nk mendapatkan tuisyen untuk anak saya. Even transport pun still tak dpat. Kenapalah nasib form4 yang masuk skolah in first year dijadikan petang. Kenapa skolah kawan anak saya di SMKBJ in form4 dpat skolah pagi? Banyak problem mcam ni. Even pelajar tgah transfer kelas pandai susah hendak belajar dan ingin score dlm exam.
    Saya pun sudah menghubungi pihak Kementerian Pelajaran dan boleh menukarnya. Tidak perlu seimbang. Pelajar memerlukan pelajaran dan ilmu. Bukan ikut kesenangan cikgu. Ini untuk masa depan anak2 untuk smua pihak ibubapa . Harap maklum

  12. kepada ME. anda memang bercakap dengan kepala lutut. dan saya yakin anak anda juga bengap macam anda. so apa kesah kalo dia pagi atau petang. saya bila anak ada masalah atau saya rasa benda tu bermasalah saya ke sekolah kenal pasti punca sebenar baru menilai.

Leave a Reply